Metro - Jual sabun halau nyamuk

BIARPUN hanya muncul dengan imej usahawan ‘sabun nyamuk', Sheryna tidak pernah gentar mempertaruhkan produk berkenaan di pasaran. Malah, wanita dari Perak ini menjana Herbal Soap (sabun herba) atau sabun mandian yang diorientasikan untuk menghalau nyamuk.

Ia yang dirumus khas daripada serai wangi adalah satu daripada sumbangan kecilnya untuk mengatasi masalah serangga. Beliau berkata, selain untuk mandian, sabun herba dwi-fungsi itu boleh diletak dalam bilik untuk menghalau serangga berkenaan kerana aroma yang dihasilkan menjadikan nyamuk sukar mendekati mangsa.

“Ketika bercadang menghasilkan produk ini, perkara pertama yang difikirkan ialah menjadi pengasas kosmetik. Apabila memikirkan ramai menceburi bidang ini, saya alihkan ke bidang pembuatan sabun halau nyamuk."Produk kosmetik berlambak di pasaran dan jika saya menggalas tugas itu, tentunya skopnya lebih kecil, padahal sasaran produk saya untuk semua pengguna, bukan terhad kepada wanita sahaja,” katanya.Peliknya, masalah denggi dan jangkitan nyamuk di negara ini serius. Justeru, beliau menubuhkan Unique Patra enam bulan lalu bagi merencanakan impian itu."Dalam proses pembuatannya, saya menggunakan herba seperti Aloe Vera kerana ia lebih baik untuk kulit.“Jika kerap menggunakan sabun untuk mandian, ia bukan saja mampu menghalau nyamuk bahkan boleh menghilangkan bau badan,” katanya.

Sheryna, kini memperhebatkan produknya dengan menghasilkan pencuci lantai herba anti nyamuk dan bakteria atau pencuci tandas yang dirumus daripada herba dengan membantu membunuh kuman dan menghalau nyamuk.Manakala, potpuri yang dihasilkan boleh dipelbagaikan sama ada sebagai haruman dalam kereta atau rumah.

“Usaha mempopularkan produk ini ialah dengan mempromosinya di jabatan kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ),” katanya.Hasil kegigihannya, Sheryna yang memiliki restoran Seraiwangi Teh Tiam di bandar Klang ini, gembira kerana produknya mendapat sambutan baik. Dalam perniagaan yang dijalankan, dia hanya melantik stokis dan menentukan jumlah tertentu yang sepatutnya mereka sasarkan. Dan, terserah kepada stokis untuk melantik pengedar atau ejen.

Sheryna yang berpengalaman luas dalam perniagaan butik dan kafe ini turut mengakui produk sabun keluarannya dikhususkan untuk orang kampung bagi menangani masalah nyamuk.“Namun, kebanyakan kes demam denggi turut menyerang kawasan bandar, justeru produk ini sesuai untuk semua,” katanya.

Peluang Perniagaan   Hubungi
© 2017 UniquePatra.com