Tentang Kami Unique Patra Body Care

Seraiwangi
Kesihatan Tunggak Kehidupan. Itulah moto utama syarikat kami yang bermula hanya sebagai satu impian yang tidak berapa pasti. Dengan rasa ingin mencuba dan suka-suka, sekadar menitipkan rasa simpati kepada semua yang menghadapai masalah "Denggi", maka terciptalah produk pertama kami yang dinamakan Sabun Mandi Sabun Seraiwangi + Aloe Vera yang berfungsi untuk mencegah gigitan nyamuk.

Ditubuhkan pada empat tahun yang lalu iaitu tahun 2007 secara kecil-kecilan dan bergerak dengan kerjasama pihak Majlis Bandaraya melalui promosi anti denggi, perhimpunan Pemadam Kebangsaan dan Jabatan-jabatan kerajaan yang menjemput penglibatan syarikat ini, akhirnya produk kami berjaya menembusi beberapa klinik persendirian seperti Klinik Family TTDI dan Farmasi tertentu.

Aloe Vera
Tiada yang menjadi impian dan wawasan syarikat ini hanya berusaha mencari idea bagaimana cara yang mudah dapat mengatasi dan mencegah dari menghadapi masalah denggi dan menjauhi dari gigitan nyamuk. Alhamdulilah kajian demi kajian, testimoni beberapa pengguna berkenaan hasilnya dan keberkesanan nya boleh di-yakini dan dapat membantu. Dan sekarang kami boleh berbangga dengan produk yang kami ada dan kini telah berjaya menembusi pasaran luar melalui agen yang di lantik dengan pembungkusan yang berbeza.

Wawasan Syarikat

1. Akan terus mengeluarkan produk yang berasaskan serai dan apa juga produk yang berkualiti yang mampu dimiliki oleh setiap mereka yang memerlukan. Keselamatan pengguna adalah janji kami dalam menghasilkan produk yang akan dipasarkan.
2. Mencuba tidak merugikan. Tidak mencuba itu yang membuat anda akan rasa terkilan. Guna tanpa was-was.

Peluang Perniagaan   Hubungi
© 2017 UniquePatra.com